Jordan gagalkan plot seludup senjata dipercayai didalangi Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jordan gagalkan plot seludup senjata dipercayai didalangi Iran

Matlamat plot bagi gugat kestabilan Jordan, boleh cetus ledakan serantau dalam krisis Gaza
May 27, 2024 | 5:30 AM

Jordan gagalkan plot seludup senjata dipercayai didalangi Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Teheran
Papan iklan raksasa di Teheran memaparkan peluru berpandu Iran. - Foto AFP

AMMAN: Jordan telah menggagalkan rancangan yang disyaki dipimpin Iran, untuk menyeludup senjata ke dalam negara sekutu Amerika Syarikat bagi membantu penentang pemerintah beraja itu melakukan tindakan sabotaj.

Demikian menurut dua sumber Jordan yang mengetahui tentang perkara tersebut.

Senjata itu dihantar oleh militia yang disokong Iran di Syria, ke cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan, yang mempunyai kaitan dengan sayap tentera kumpulan Hamas Palestin, kata sumber kepada Reuters.

Kiriman itu dirampas apabila anggota sel itu, warga Jordan berketurunan Palestin, ditangkap pada akhir Mac, kata mereka.

Dakwaan plot dan penangkapan, yang dilaporkan di sini buat kali pertama, muncul tatkala ketegangan memuncak di Timur Tengah, dengan Israel yang disokong Amerika berperang di Gaza dengan Hamas, sebahagian daripada rangkaian ‘Axis of Resistance’ Iran, kumpulan proksi yang dibina selama beberapa dekad untuk menentang Israel.

Dalam satu kenyataan pada 15 Mei, Hamas berkata ia “tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana tindakan yang menyasarkan Jordan” dan hanya berusaha untuk menyasarkan Israel.

Kedua-dua sumber Jordan itu, yang tidak mahu namanya disiarkan dalam membincangkan tentang keselamatan, enggan menyatakan tindakan sabotaj bagaimana yang didakwa sedang dirancang.

Ia menyatakan siasatan sedang dijalankan dan operasinya dirahsiakan.

Mereka berkata, matlamat plot itu adalah untuk menggugat kestabilan Jordan, sebuah negara yang boleh mencetus tahap ledakan serantau dalam krisis Gaza.

Ini kerana ia menjadi tuan rumah pangkalan tentera Amerika dan berkongsi sempadan dengan Israel serta Syria dan Iraq, kedua-duanya adalah markas militia yang disokong Iran.

Sumber itu juga tidak menyatakan senjata apa yang dirampas dalam serbuan pada Mac itu.

Namun ia berkata dalam beberapa bulan kebelakangan ini, perkhidmatan keselamatan telah menggagalkan banyak percubaan Iran dan kumpulan sekutunya, untuk menyeludup senjata termasuk periuk api Claymore, bahan letupan C4 dan Semtex, senapang Kalashnikov dan 107mm roket Katyusha.

Kebanyakan aliran senjata sulit ke negara itu, telah menuju ke wilayah Tebing Barat Palestin yang diduduki Israel, kata sumber Jordan.

Bagaimanapun, beberapa senjata – termasuk yang dirampas pada Mac – bertujuan untuk digunakan di Jordan oleh cabang Ikhwanul Muslimin, yang bersekutu dengan militan Hamas, kata mereka.

“Mereka menyembunyikan senjata ini dalam lubang yang dipanggil titik mati.

“Lokasi ini mereka temui melalui GPS, dan kemudian mengarahkan kumpulan kaum lelaki untuk mengambilnya dari sana,” kata salah seorang sumber.

Sumber itu mengetahui tentang hal keselamatan, merujuk kepada modus operandi penyeludupan itu.

Ikhwanul Muslimin ialah sebuah gerakan Islamis transnasional, yang mana Hamas merupakan cabang yang ditubuhkan pada 1980-an.

Pergerakan itu mengatakan ia tidak menyokong keganasan, dan Ikhwanul Jordan telah beroperasi secara sah di Jordan selama beberapa dekad.

Menurut kedua-dua sumber, pihak berkuasa Jordan percaya, Iran dan kumpulan sekutunya seperti Hamas dan Hezbollah, cuba merekrut anggota muda dan radikal kumpulan Ikhwanul Jordan bagi menentang Israel dan Amerika, dalam usaha meluaskan rangkaian pasukan bersekutu serantau Teheran.

Seorang wakil kanan Ikhwanul Muslimin Jordan mengesahkan, beberapa anggotanya telah ditangkap pada Mac kerana memiliki senjata.

Namun, beliau berkata apa sahaja yang mereka lakukan tidak diluluskan oleh kumpulan itu dan beliau mengesyaki mereka menyeludup senjata ke Tebing Barat dan bukannya merancang tindakan di Jordan.

“Ada dialog antara Ikhwan dengan pihak berkuasa. Mereka tahu jika ada kesilapan itu bukan Ikhwanul Muslimin, hanya individu dan bukan dasar Ikhwanul Muslimin,” kata wakil kumpulan itu yang enggan dinamakan kerana sensitiviti perkara itu.

Raja Abdullah bagi Jordan berada dalam keadaan serba salah.

Kebanyakan daripada 11 juta penduduknya berasal dari Palestin, kerana Jordan menerima berjuta-juta pelarian Palestin yang melarikan diri dari tanah air mereka dalam tahun-tahun bergolak berikutan penubuhan negara Israel.

Krisis Gaza telah meletakkan beliau dalam kedudukan yang sukar, bergelut untuk mendamaikan sokongan perjuangan Palestin dengan pakatan Amerika, yang telah lama wujud, dan pengiktirafan Israel selama berdekad-dekad.

Peperangan itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai, dengan gesaan oleh penunjuk perasaan untuk memutuskan hubungan dengan Israel dan demonstrasi jalanan meletus dalam minggu-minggu kebelakangan ini.

April lalu, selepas Jordan menyertai usaha yang diketuai Amerika membantu Israel dalam menjatuhkan dron dan peluru berpandu yang ditembak oleh Iran, pengkritik menyiarkan imej rekaan di media sosial, menunjukkan Raja Jordan yang dibalut dengan bendera Israel, dengan komen seperti ‘pengkhianat’ dan ‘boneka Barat’.

Keputusan Jordan untuk menyertai kuasa Barat dalam menjatuhkan dron Iran yang menuju ke Israel, sebahagiannya didorong oleh kebimbangan dalam kalangan pegawai bahawa Jordan boleh diheret ke dalam perjuangan strategik Iran menentang Israel, menurut Saud Al Sharafat, bekas brigedier jeneral dalam Direktorat Perisikan Am Jordan.

Raja Jordan menyokong penubuhan negara Palestin. Namun beberapa ahli politik sayap kanan di Israel telah membayangkan, Jordan menjadi negara alternatif Palestin.

Raja Abdullah telah berulang kali memberi amaran, bahawa tidak ada perkara seperti itu yang boleh dijadikan “pilihan bagi Jordan”. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg