Jepun tawar pinjaman $644j bagi Indonesia tangani kesan ekonomi Covid-19
Premium
Jepun tawar pinjaman $644j bagi Indonesia tangani kesan ekonomi Covid-19
Oct 22, 2020 | 5:30 AM
-
JAKARTA: Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, kelmarin mengumumkan negaranya menawarkan pinjaman ¥50b ($644.15 juta) pada kadar faedah rendah kepada Indonesia, bagi membantu negara itu menangani kesan ekonomi pandemik Covid-19.
Tawaran itu dibuat kepada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, semasa perbincangan yang diadakan di Istana Presiden di Bogor, dekat Jakarta, lapor Kyodo News.

