Jangkitan naik: England arah premis makanan-minuman ditutup awal
Premium
Jangkitan naik: England arah premis makanan-minuman ditutup awal
Sep 23, 2020 | 5:30 AM
KUNJUNGAN PERDANA MENTERI: Encik Boris Johnson membasuh alat imunologikal semasa lawatan ke Institut Jenner di Oxford, tengah England, di mana beliau melawat makmal dan bertemu dengan saintis yang mengetuai penyelidikan vaksin Covid-19. - Foto: AFP -
LONDON: Semua pab, bar, restoran dan kemudahan pelayanan lainnya di serata England mesti tutup pada 10 malam waktu tempatan, sedang Perdana Menteri Encik Boris Johnson menangani gelombang kedua jangkitan Covid-19.
Menurut akhbar The Telegraph, Encik Johnson akan menggalak rakyat Britain supaya bekerja dari rumah jika mereka boleh demi membendung penularan koronavirus.

