Premium
40 bekas duta besar gesa May kekalkan Britain dalam EU
Tindakan PM disifatkan sebagai 'krisis nasional' kerana letak 'laluan rundingan' selama bertahun-tahun dengan Kesatuan Eropah, tanpa meninggalkannya
Feb 15, 2019 | 5:30 AM
INGIN KEKAL DALAM KESATUAN EROPAH: Para penunjuk perasaan antiBrexit dan proEU menjulang sepanduk sebagai bantahan di luar Bangunan Parlimen di London, kelmarin. Kerajaan British nafi ia melakukan rancangan rahsia untuk membuat para Anggota Parlimen menghadapi pilihan saat akhir, sama ada menerima perjanjian yang diubahsuai atau penangguhan lebih lama, melepasi tarikh 29 Mei untuk keluar dari EU seperti yang ditetapkan. - Foto AFP. -
LONDON: Lebih 40 bekas duta besar Britain telah menggesa Perdana Menteri Theresa May supaya melanjutkan keanggotaan negara itu dalam Kesatuan Eropah (EU), sambil menuduh beliau sedang mengetuai satu "krisis nasional", merujuk kepada Brexit, iaitu tindakan meninggalkan kumpulan itu.
Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Times, para diplomat itu memberi amaran bahawa dasar sekarang Perdana Menteri May tidak melaksanakan Brexit tetapi meletakkan laluan bagi "rundingan dan rundingan semula" selama bertahun-tahun bersama blok itu.

