SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Isteri Mahathir sambut ulang tahun ke-93

Isteri Mahathir sambut ulang tahun ke-93

Jul 12, 2019 | 11:45 AM

Isteri Mahathir sambut ulang tahun ke-93

HARI JADI: Tun Dr Siti Hasmah menyambut ulang tahunnya yang ke-93 pada 12 Julai 2019.
HARI JADI: Tun Dr Siti Hasmah menyambut ulang tahunnya yang ke-93 pada 12 Julai 2019. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

KALAU Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahunnya yang ke-94 kelmarin (10 Julai), isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula menyambut hari jadinya hari ini.

Tun Dr Siti Hasmah ulang tahunnya yang ke-93.

Pasangan itu sudah berumahtangga selama 63 tahun.

Menurut laman web myMetro Online semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut memberi kejutan kepada pasangan itu sempena sambutan ulang tahun mereka di Istana Negara.

Kejutan itu diadakan selepas penyampaian Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dengan kek khas bersama pulut kuning, hadirin di acara itu turut menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' buat Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg