Premium
Ismail Sabri angkat sumpah jadi PM M'sia
* Pertama kali pemimpin bukan Presiden dalam Umno dilantik sebagai perdana menteri, * Umno kembali terajui pemerintahan selepas tewas dalam pilihan raya umum 2018
Aug 22, 2021 | 5:30 AM
TANDATANGANI DOKUMEN PELANTIKAN: Datuk Seri Ismail Sabri menandatangani dokumen selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Kesembilan Malaysia dalam satu istiadat di Istana Negara semalam. - Foto EPA-EFE -
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61 tahun, secara rasmi menjadi Perdana Menteri kesembilan selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Istiadat pelantikan itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 2.30 petang semalam.

