Topik diikuti
Pergi ke BHkuPanda gergasi pertama Iahir di Indo bersedia jumpa orang ramai
Panda gergasi pertama Iahir di Indo bersedia jumpa orang ramai
Panda gergasi pertama Iahir di Indo bersedia jumpa orang ramai
BOGOR (Indonesia): Panda gergasi pertama yang lahir di Indonesia kini semakin membesar dan sihat menjelang kemunculan sulungnya kepada orang ramai pada Mei.
Satrio Wiratama dilahirkan oleh sepasang panda yang dipinjamkan oleh China kepada Indonesia, pada November 2025 di Taman Safari Indonesia - sebuah taman haiwan di Cisarua, Jawa Barat,
“Terlalu ramai rakyat Indonesia yang terpaksa pergi sejauh China semata-mata untuk melihat anak panda. Kini mereka tidak perlu berbuat demikian lagi,” kata pengarah taman haiwan, Encik Aswin Sumampau pada 15 Mei.
Di dalam kandang yang dibina untuk menyambut kedatangan ibu bapanya, anak panda berusia 170 hari yang namanya bermaksud “pahlawan yang berani dan mulia” itu biasanya bermain dengan mainan panda berbulu dan buluh kata taman haiwan itu.
Ibunya, Hu Chun, dan bapanya, Cai Tao, tiba di Indonesia pada 2017 ketika kedua-duanya berusia tujuh tahun, sebahagian usaha “diplomasi panda” yang bertujuan meraikan 60 tahun hubungan dua hala antara Indonesia dengan China. - Agensi berita.
