India mungkin hadapi gelombang ketiga walau vaksinasi capai rekod

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

India mungkin hadapi gelombang ketiga walau vaksinasi capai rekod

Pakar tidak rasa langkah beri 4.6j dos sehari dapat dikekalkan kerana bekalan vaksin terhad
Jun 26, 2021 | 5:30 AM

India mungkin hadapi gelombang ketiga walau vaksinasi capai rekod

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PEMERIKSAAN WARGA: Kakitangan perubatan mengambil sampel calitan bagi menguji keberadaan koronavirus Covid-19 dalam kalangan penumpang kereta api yang tiba di Mumbai, di Maharashtra, dari negeri-negeri lain stesen Dadar, kelmarin. Negeri Maharashtra melaporkan lebih 10,000 kes positif baru pada 23 Jun. - Foto EPA-EFE
PEMERIKSAAN WARGA: Kakitangan perubatan mengambil sampel calitan bagi menguji keberadaan koronavirus Covid-19 dalam kalangan penumpang kereta api yang tiba di Mumbai, di Maharashtra, dari negeri-negeri lain stesen Dadar, kelmarin. Negeri Maharashtra melaporkan lebih 10,000 kes positif baru pada 23 Jun. - Foto EPA-EFE -

NEW DELHI: Para pegawai di New Delhi ceria awal minggu ini apabila India mencatat satu rekod sehari dengan melaksana lebih lapan juta vaksinasi Covid-19.

Namun, kepantasan yang tidak pernah dicapai sebelum ini itu mungkin tidak cukup pantas untuk India, yang baru mengharungi gelombang kedua jangkitan koronavirus itu, mengelakkan gelombang ketiga, kata para pakar, lapor Bloomberg.

Mereka juga mempersoal apakah usaha vaksinasi pantas itu, yang menawarkan purata 4.6 juta dos vaksin sehari daripada tiga juta dos sebelum ini sepanjang sebulan lalu, dapat dikekalkan.

Sejak pandemik itu berlaku, India mencatat lebih 30.08 juta jangkitan dengan 392,000 maut ddan 29.1 juta dilaporkan sembuh, menurut dapatan terkini Universiti dan Perubatan John Hopkins.

Hingga 12 tengah hari semalam, India telah memberi 301,626,028 dos vaksin kepada rakyatnya, menurut perangkaan universiti itu.

Meskipun menggantung sementara semua eksport vaksin itu pada April dan memanfaatkan perusahaan penghasilan vaksin yang cukup besar, India sejauh ini hanya telah memberi vaksin kepada 4 peratus penduduknya yang besar, meletak negara itu jauh tertinggal di belakang kebanyakan negara Barat dan China, yang memberi kira-kira 20 juta dos sehari.

Pada kadar itu, beberapa saintis berkata gelombang ketiga mungkin melanda dalam beberapa bulan ini, meningkatkan kekhuatiran India akan menyaksikan berulangnya kekurangan bekalan oksigen dan keadaan hospital melimpah ruah.

"Saya tidak fikir peningkatan dalam pemberian vaksin baru-baru ini dapat dikekalkan, melihat pada apa yang kita tahu tentang keadaan pembekalan," kata seorang profesor fizik dan biologi di Universiti Ashoka, Dr Gautam Menon, yang menjalankan kajian dalam pemodelan penularan virus.

"Peningkatan sehari itu nampaknya disebabkan usaha bersama beberapa negeri, yang mungkin telah menyimpan stok dos vaksin bagi tujuan ini. Kita memerlukan kira-kira 10 juta dos sehari bagi memastikan gelombang jangkitan pada masa depan tidak begitu berbahaya."

Cabaran India ialah dalam mempercepat usaha inokulasi. Kurang 100 juta dos sebulan kini dihasilkan oleh dua pengeluar tempatan yang terkapai-kapai bagi memenuhi keperluan hampir 1.4 bilion orang.

India juga berdepan hambatan logistik bagi menjangkau penduduk di pedalaman, tempat dua pertiga rakyatnya tinggal.

Namun, Perdana Menteri Narendra Modi berharap rekod peningkatan jumlah vaksinasi itu akan menjadi pendorong yang diperlukan kempen imunisasi.

Minggu ini, pengerusi Kumpulan Penasihat Teknikal Kebangsaan bagi Imunisasi di India, Dr N. K. Arora, berkata 220 juta suntikan dapat disediakan bermula bulan depan.

India berharap dapat memberi vaksinasi kepada 10 juta rakyatnya sehari, kata Dr Arora, sambil memberi contoh keupayaan negara itu melaksana inokulasi bagi penyakit kanak-kanak seperti polio.

Namun, beberapa penyelidik agak sangsi dan berpaling ke media sosial untuk mengkritik lonjakan dalam pemberian vaksin.

Seorang pakar epidemologi berpangkalan di New Delhi, Dr Chandra Lahariya, yang juga pengarang bersama sebuah buku tentang perang India ke atas Covid-19, menyifatkannya sebagai "satu percubaan melampau" bagi mencatat satu rekod yang mungkin mengurangkan bekalan vaksin yang terhad.

Pakar ekonomi kesihatan merangkap profesor adjung Dr Rijo M. Johnat, di Maktab Sains Kemasyarakatan Rajagiri di Kochi, berkata melalui di Twitter "langkah mendabik dada mesti dihentikan sekarang", kerana India tidak mempunyai dos vaksin mencukupi bagi jangka pendek untuk terus mencapai paras inokulasi sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg