HONGKONG: Stesen kereta api dan jalan raya Hongkong dibuka semula semalam, menyusuli kekecohan hujung minggu lalu di mana polis melepaskan meriam air, pemedih mata dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang menyebabkan kebakaran selain melontarkan bom minyak di luar pejabat pemerintah serta kawasan utama.
Wilayah itu berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China hari ini, dengan pihak berkuasa mahu mengelakkan keadaan yang boleh memalukan pemerintah pusat di Beijing.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg