SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Harry, William lahir penghargaan ke atas ucapan takziah

Harry, William lahir penghargaan ke atas ucapan takziah

Sep 12, 2022 | 5:30 AM

Harry, William lahir penghargaan ke atas ucapan takziah

- Foto AFP
- Foto AFP -

WINDSOR: Putera Harry dan isterinya Meghan, menyertai Putera William dan Kate di Istana Windsor untuk melihat bunga-bunga yang ditinggalkan orang ramai sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II (gambar kiri).

Mereka juga telah bertemu rakyat jelata yang menunggu di luar istana tersebut, melambai-lambai tangan sambil mengucapkan terima kasih atas ucapan takziah yang diberikan.

Ini adalah penampilan pertama kedua-dua pasangan itu di khalayak umum sejak Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada Khamis.

Hubungan kedua-dua putera Raja Charles III itu dilaporkan amat rapat selepas kematian ibu mereka, Puteri Diana, akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, namun ia dilihat menjadi dingin apabila Putera Harry bersama isteri, Meghan Markle, meninggalkan kehidupan diraja dan berpindah ke Amerika Syarikat. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg