Erdogan harap Turkey dapat buka kedutaan di Baitulmakdis
Premium
Erdogan harap Turkey dapat buka kedutaan di Baitulmakdis
Dec 19, 2017 | 5:30 AM

ENCIK ERDOGAN: Bantah keputusan Presiden Trump mahu mengisytiharkan Baitulmakdis ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan Amerika ke sana. - Foto REUTERS -
ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin melahirkan harapan agar Turkey dapat membuka kedutaannya di negara Palestin di Baitulmukdis Timur, ketika beliau meningkatkan serangannya terhadap pengiktirafan Presiden Donald Trump ke atas kota itu sebagai ibu kota Israel.
Encik Erdogan giat menerajui kecaman negara Islam terhadap langkah rakan sejawatannya di Amerika Syarikat itu, dengan mengadakan sidang puncak pemimpin negara Islam minggu lalu di Istanbul, yang menggesa dunia mengiktiraf Baitulmukdis sebagai ibu kota Palestin.

