Topik diikuti
Pergi ke BHkuEnam maut, 100 cedera apabila tren dari Seattle tergelincir
Premium
Enam maut, 100 cedera apabila tren dari Seattle tergelincir
Enam maut, 100 cedera apabila tren dari Seattle tergelincir

KEMALANGAN KERETA API: Beberapa petugas meneliti tempat nahas kereta api Amtrak yang tergelincir dari landasan kelmarin di DuPont, Washington. Nahas ini meragut sekurang-kurangnya enam jiwa sementara sekitar 100 orang cedera. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 20, 2017 | 5:30 AM
WASHINGTON: Sebuah kereta api Amtrak tergelincir kelmarin dalam perjalanan sulungnya dari Seattle ke Portland, Oregon, yang menyaksikan gerabak penumpang jatuh dari jambatan ke lebuh raya, membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan sekitar 100 yang lain.
Sebanyak 13 daripada 14 gerabak kereta api terkeluar landasan dekat bandar DuPont, kata jurucakap peronda Washington, Encik Brooke Bova.
