Topik diikuti
Pergi ke BHkuDuterte mahu semua tempat awam di Filipina 'bebas rokok'
Duterte mahu semua tempat awam di Filipina 'bebas rokok'
MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte dijangka menandatangani satu peraturan bulan ini yang melarang perbuatan merokok di tempat awam di seluruh negara kedua paling padat di Asia Tenggara itu, memperkenal undang-undang antitembakau paling tegas di rantau ini.
Jurukempen kesihatan awam yang sekian lama berjuang menentang lobi tembakau besar-besaran mengalu-alukan tindakan menamatkan merokok di tempat awam dan berkata mereka percaya Encik Duterte, dengan rekod antijenayah tegarnya, adalah pemimpin sesuai melakukannya.
