Topik diikuti
Pergi ke BHkuDewan Perwakilan AS undi semula bagi pelan cukai baru

Dewan Perwakilan AS undi semula bagi pelan cukai baru
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengundi semula semalam bagi pelan cukai yang baru diluluskan kerana suatu elemen kecil rang undang-undang berkenaan gagal mematuhi peraturan Senat, kata pemimpin Parti Republikan.
Selepas Dewan meluluskan rombakan ke atas kod cukai negara yang paling menyeluruh dalam tiga dekad, ia dibawa ke Senat untuk undian malam kelmarin.
