SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dapat daulat sejurus lepas ragut beg mangsa...

Dapat daulat sejurus lepas ragut beg mangsa...

Dec 30, 2016 | 11:00 AM

Dapat daulat sejurus lepas ragut beg mangsa...

Kereta wanita yang begnya diragut dua perompok, yang cedera parah apabila dilanggar beliau secara tidak sengaja di Ara Damansara, Selangor.
Kereta wanita yang begnya diragut dua perompok, yang cedera parah apabila dilanggar beliau secara tidak sengaja di Ara Damansara, Selangor. - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

SERDANG (Selangor): Dua perompak mendapat padah sejurus selepas meragut beg seorang wanita - kereta mangsa merempuh mereka secara tidak sengaja.

Dua lelaki itu, kedua-duanya 26 tahun, memecahkan tingkap penumpang kereta wanita berkenaan di lampu lalu lintas di Ara Damansara dan meragut beg komputer riba beliau pada 3.30 pagi Rabu (28 Dis).

Mangsa kemudian mengejar mereka dan secara tidak sengaja melanggar mereka, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Penolong Pesuaruhjaya Kanan (SAC) Fadzil Ahmat.

Kedua-duanya, yang mempunyai rekod jenayah curi, cedera parah dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Seorang pengawal keselamatan terdengar jeritan beliau dan datang untuk membantu beliau," kata SAC Fadzil kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Serdang pada Khamis.

Apabila ditanya apakah polis akan mengambil sembarang tindakan terhadap wanita itu kerana mencederakan dua lelaki tersebut, beliau berkata polis akan meneliti perkara itu tetapi kejadian tersebut kelihatan berlaku dengan tidak sengaja. - The Star/Asia News Network

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg