SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bunuh kerat 8 di Melaka: Warga Singapura direman

Bunuh kerat 8 di Melaka: Warga Singapura direman

Oct 12, 2019 | 8:19 PM

Bunuh kerat 8 di Melaka: Warga Singapura direman

WARGA SINGAPURA DIREMAN: Seorang lelaki warga Singapura (kanan) ditahan reman Polis Malaysia kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Ladang, Krubong, di Melaka, di mana sebuat mayat ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian pada Khamis (10 Oktober). -Foto MyMetro.
WARGA SINGAPURA DIREMAN: Seorang lelaki warga Singapura (kanan) ditahan reman Polis Malaysia kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Ladang, Krubong, di Melaka, di mana sebuat mayat ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian pada Khamis (10 Oktober). -Foto MyMetro. -

SEORANG lelaki warga Singapura ditahan reman selama seminggu bermula Sabtu (12 Oktober) kerana disyaki terbabit dalam satu kes pembunuhan kejam di Kampung Ladang, Krubong, di Melaka.

Menurut laporan awal MyMetro, mayat yang dipercayai adalah mangsa bunuhnya, telah ditemui pada Khamis (10 Oktober).

Mayat itu dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian, dan ditemui dalam keadaan bogel di kawasan semak.

Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata pada Jumaat (11 Oktober) bahawa suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya. -Berita MyMetro.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg