Topik diikuti
Pergi ke BHkuBrochez nafi ceroboh rumah ibu
Lelaki warga Amerika Syarikat yang terlibat dalam kes data HIV bocor di sini dedah "tidak dapat sara diri sendiri"
Brochez nafi ceroboh rumah ibu
WINCHESTER (Kentucky): Mikhy Farrera Brochez, warga Amerika Syarikat di tengah tengkarah kebocoran pangkalan data HIV di Singapura baru-baru ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh hartanah ibunya di Kentucky.
Brochez memberitahu hakim Mahkamah Daerah Charles W. Hardin kelmarin bahawa dia difahamkan bahawa ibunya tidak ingin meneruskan perbicaraan tuduhan tersebut.
