SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bot karam di Maluku Utara, usaha dipergiat cari 27 penumpang hilang

Bot karam di Maluku Utara, usaha dipergiat cari 27 penumpang hilang

Mar 31, 2026 | 2:11 PM

Bot karam di Maluku Utara, usaha dipergiat cari 27 penumpang hilang

Bot karam,  Maluku Utara, 27 penumpang hilang
Para pegawai mencari dan menyelamat Palu telah dikerah untuk mengesan 27 penumpang yang dilaporkan hilang dalam tragedi bot karam di perairan utara Pulau Taliabu di wilayah Maluku Utara, pada 30 Mac 2026. - Foto XINHUA

JAKARTA: Sebuah kapal bernama Nazila 05 karam di perairan utara Pulau Taliabu di wilayah Maluku Utara, Indonesia, menyebabkan 27 penumpang hilang, lapor Pejabat Mencari dan Menyelamat Palu pada 30 Mac.

Kejadian itu pertama kali dilaporkan oleh pemilik bot sekitar 10 pagi waktu tempatan, mendorong pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat, kata Encik Muh Rizal, ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Palu, dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan laporan kapal itu berlepas dari Pulau Taliabu ke kampung Kema pada 29 Mac sekitar 6 petang waktu tempatan.

“Sekitar 4 pagi waktu tempatan, kapten melaporkan bahawa Nazila 05 telah karam. Semua anak kapal dapat melakukan pemindahan dengan menggunakan bot panjang, tetapi keberadaan mereka masih tidak diketahui,” katanya.

Encik Rizal menambah bahawa perkembangan lanjut mengenai operasi mencari dan menyelamat akan disampaikan dalam laporan seterusnya.

Sekitar 10:15 pagi waktu tempatan, pasukan mencari dan menyelamat berlepas daripada Pelabuhan Lalong di Kabupaten Luwuk untuk memulakan operasi mencari anak kapal yang hilang, termasuk kapten yang dikenal pasti sebagai Gazali.

Pihak berkuasa juga menggesa kapal-kapal yang melalui perairan berdekatan untuk membantu mengesan mangsa, tambah Encik Rizal.

Menurutnya, Nazila 05 kerap digunakan untuk mengangkut pelancong dan juga dikenali di peringkat tempatan sebagai kapal nelayan atau kapal penumpang kecil.

Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan dengan lebih daripada 17,000 pulau dengan bot merupakan pengangkutan utama.

Namun, dengan piawaian keselamatan yang longgar dan masalah kesesakan, kemalangan sering berlaku di perairan negara itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa sebuah bot pelancong dilaporkan karam di laut bergelora di Selat Pulau Padar, berhampiran destinasi popular Labuan Bajo, di timur Indonesia pada 26 Disember lalu.

Bot itu membawa 11 penumpang, termasuk enam pelancong asing dari Sepanyol, seorang pemandu pelancong tempatan, dan empat anak kapal Indonesia.

Seorang pegawai penyelamat berkata mereka telah menemui mayat seorang lelaki Sepanyol yang hilang itu di perairan berhampiran Pulau Rinca, kira-kira dua kilometer daripada lokasi nahas.

Pihak berkuasa telah mengesahkan identiti mangsa sebagai Fernando Martin Carreras, 44 tahun, yang merupakan jurulatih pasukan simpanan wanita kelab bola sepak Sepanyol, Valencia.

Isteri lelaki itu dan salah seorang anak perempuan mereka adalah antara tujuh orang yang diselamatkan. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg