Topik diikuti
Pergi ke BHkuHajiji Noor Ketua Menteri Sabah baru
Pelantikan pengerusi Perikatan Nasional Sabah itu dibuat selepas perbincangan selama beberapa hari
Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baru
KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, semalam mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.
Beliau, yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri pagi semalam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
