Bekas menteri ditangkap, bakal dituduh berkaitan penjualan tanah
Premium
Bekas menteri ditangkap, bakal dituduh berkaitan penjualan tanah
Nov 15, 2018 | 5:30 AM
TENGKU ADNAN: Bekas menteri wilayah persekutuan dan bendahari Umno. -
PUTRAJAYA: Bekas menteri wilayah persekutuan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan Tengku Mansor, ditangkap oleh agensi antirasuah Malaysia berkaitan pembelian tanah meragukan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tengku Adnan, yang juga bekas bendahari Umno, ditahan apabila tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam. Beliau dijangka dikenakan tuduhan hari ini.

