Topic followed successfully
Go to BHkuBapa rantai leher anak yang enggan ke sekolah
Premium
Bapa rantai leher anak yang enggan ke sekolah
Oct 8, 2017 | 5:30 AM
Bapa rantai leher anak yang enggan ke sekolah

DIDERA: Budak berusia 10 tahun ini ditemui dengan lehernya dirantai dan dikunci pada tong gas. - Foto THE STAR -
KUANTAN: Perbuatan seorang bapa merantai leher anaknya ke sebuah tanki gas setelah anak itu enggan ke sekolah telah mencetuskan kemarahan dengan ramai orang yang menuntut bapa itu dihukum secukupnya.
Lelaki berusia 32 tahun itu, seorang askar berpangkalan di Kem Batu 10, Jalan Gambang di Kuantan, menggunakan rantai besi untuk merantai anaknya itu, yang hanya memakai seluar semasa ditemui.

