SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Banjir kilat di gurun UAE ragut 7 nyawa

Banjir kilat di gurun UAE ragut 7 nyawa

Jul 30, 2022 | 12:35 PM

Banjir kilat di gurun UAE ragut 7 nyawa

Foto AFP
Foto AFP -

DUBAI: Sekurang-kurangnya tujuh mangsa terbunuh di Amiriah Arab Bersatu (UAE) selepas hujan lebat di luar musim mengakibatkan banjir kilat di kawasan yang lazimnya kering kontang.

Ketua pusat operasi Kementerian Dalam Negeri, Ali al-Tunaiji, berkata sekurang-kurangnya enam penduduk tempatan berketurunan Asia ditemui maut akibat banjir kilat manakala seorang lagi mangsa adalah warga asing berketurunan Asia.

Suhu semasa pada bulan Julai di UAE lazimnya mencecah 40 darjah Celsius tetapi cuaca di pesisiran pantai timurnya banyak dipengaruhi monsun di Lautan Hindi.

Justeru, hujan lebat di kawasan gersang itu boleh mengakibatkan banjir kilat.

Pasukan khidmat kecemasan berkata mereka menerima ratusan panggilan meminta bantuan sejak dua hari lalu, ketika banjir menenggelamkan jalan di bandar pelabuhan Fujairah dam beberapa daerah timur. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg