Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangkok dilanda pencemaran udara terburuk

Feb 12, 2025 | 4:45 PM
Foto udara memaparkan Kuil Wat Ratchanatdaram (kiri) dan Kuil Wat Saket (kanan) di tengah-tengah tahap pencemaran udara sederhana di Bangkok pada 7 Februari 2025.
Foto udara memaparkan Kuil Wat Ratchanatdaram (kiri) dan Kuil Wat Saket (kanan) di tengah-tengah tahap pencemaran udara sederhana di Bangkok pada 7 Februari 2025. - Foto AFP

BANGKOK: Bangkok dan kawasan sekitarnya berdepan dengan tahap pencemaran udara yang paling buruk apabila kepekatan habuk halus partikel (PM2.5) mencatatkan bacaan berbahaya, iaitu 135.1 mikrogram per meter padu.

Bacaan ini jauh melebihi had selamat yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu 37.5µg/m³, menurut laporan The Bangkok Post pada 12 Februari.

Agensi Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa Thailand (Gistda) melaporkan bahawa 26 wilayah di seluruh negara, termasuk Greater Bangkok, terdedah kepada pencemaran udara pada tahap merah, dengan bacaan antara 77 hingga 135.1µg/m³.

Kawasan Greater Bangkok yang melibatkan wilayah Samut Sakhon (130.8µg/m³), Samut Prakan (128.1µg/m³), Nonthaburi (122.7µg/m³), Pathum Thani (114.7µg/m³), dan Nakhon Pathom (112.8µg/m³) mencatatkan kualiti udara yang membahayakan kesihatan.

Wilayah lain yang turut terjejas termasuk Samut Songkhram, Phetchaburi, Ratchaburi, Chachoengsao, Chon Buri, Kanchanaburi, Ayutthaya, Saraburi, dan Rayong.

Sebanyak 41 wilayah lain mencatatkan tahap pencemaran pada kategori oren, dengan bacaan antara 38.8 hingga 72.2µg/m³, termasuk wilayah-wilayah seperti Phuket, Khon Kaen, Songkhla, dan Trang.

Namun, beberapa wilayah utara seperti Chiang Mai dan Mae Hong Son menikmati kualiti udara yang baik, manakala lapan wilayah lain termasuk Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani mencatatkan tahap pencemaran sederhana (kategori kuning).

“Pencemaran udara ini memberi risiko kesihatan yang serius, terutama kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit pernafasan,” kata jurucakap Gistda.

Beliau menambah, “Penduduk disarankan untuk memakai pelitup muka dan mengurangkan aktiviti luar rumah sehingga keadaan bertambah baik.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg