Premium
Bakal Presiden Biden ikrar satukan AS
Kamala Harris turut cipta sejarah sebagai wanita pertama yang punyai darah campuran untuk jadi Naib Presiden
Nov 9, 2020 | 5:30 AM
BAKAL PRESIDEN AMERIKA YANG KE-46: Encik Joe Biden (dua dari kanan) bersama isterinya, Jill (kanan), meraikan kejayaan Pilihan Raya Presiden Amerika bersama bakal naib presiden Cik Kamala Harris bersama suaminya, Doug, lewat kelmarin. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat yang dipilih Joe Biden secara rasmi mengumumkan kemenangannya semalam dan berikrar untuk menjadi presiden yang berusaha memperbaiki perpecahan dalam negara dan "menjadi Amerika kembali dihormati di seluruh dunia".
"Saya berikrar akan menjadi presiden yang berusaha untuk menyatukan dan bukan memecahbelahkan, kita tidak mahu melihat negeri merah ataupun biru, hanya Amerika Syarikat," kata Encik Biden dalam ucapan kemenangannya kepada sekumpulan penyokongnya di Pusat Chase di Wilmington, Delaware.

