Topik diikuti
Pergi ke BHkuAustralia kurangkan 15 peratus had pendatang tahunan
Premium
Australia kurangkan 15 peratus had pendatang tahunan
Australia kurangkan 15 peratus had pendatang tahunan

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 21, 2019 | 5:30 AM
SYDNEY: Australia semalam mengurangkan pengambilan pendatang tahunan hampir 15 peratus, dan menghalang pendatang baru daripada menetap di bandar-bandar besar selama tiga tahun bagi mengurangkan kesesakan bandar.
Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison - yang jauh ketinggalan dalam undian menjelang pilihan raya persekutuan Mei ini - berharap dapat memanfaatkan rasa kecewa yang meningkat di kalangan pengundi berhubung harga rumah dan kesesakan, yang dilihat berlaku akibat pertumbuhan penduduk.
