Anwar tak jadi saman bekas penolong yang tuduhnya lakukan gangguan seks
Premium
Anwar tak jadi saman bekas penolong yang tuduhnya lakukan gangguan seks
Jan 29, 2020 | 12:00 AM
TUDUHAN TIDAK CUKUP BUKTI: Encik Yusoff (kiri) tahun lalu melemparkan tuduhan gangguan seksual terhadap Datuk Anwar Ibrahim. - Foto fail -
PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan tidak menyaman penuduh Muhammed Yusoff Rawther, 26 tahun, berkaitan satu tuduhan gangguan seksual, menurut peguam Datuk Anwar, Encik Ramkarpal Singh, kelmarin.
Tuduhan Encik Yusoff terhadap Datuk Anwar, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), itu terkandung dalam satu akuan berkanun bertarikh 29 November lalu.

