Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar angkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Port Dickson
Foto AFP
Anwar angkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Port Dickson
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson selepas mengangkat sumpah dalam satu upacara hari ini (15 Oktober).
Upacara itu diadakan dua hari selepas beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson kelmarin dengan meraih 72 peratus undi.
Datuk Seri Anwar, 71 tahun, layak bertanding dalam pilihan raya kecil itu selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Mei lalu.
Beliau sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Encik Mohd Saiful Bukhari.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
