Annuar Musa dakwa ramai pemimpin akan keluar Umno

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Annuar Musa dakwa ramai pemimpin akan keluar Umno

Aug 2, 2023 | 12:44 PM

Annuar Musa dakwa ramai pemimpin akan keluar Umno

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TAN SRI ANNUAR MUSA: Berucap di majlis ceramah perdana pada malam Selasa, Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa ramai pemimpin dan ahli Umno akan keluar dari parti itu.
TAN SRI ANNUAR MUSA: Berucap di majlis ceramah perdana pada malam Selasa, Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa ramai pemimpin dan ahli Umno akan keluar dari parti itu. - Foto fail

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa mendakwa ramai di kalangan pemimpin dan ahli Umno akan meninggalkan parti itu.

Tanpa menyatakan jumlah sebenar seperti mana dakwaannya itu, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata satu pengumuman mengenainya akan dibuat pada Jumaat ini, yang turut dihadiri Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita akan buat pengumuman penting, termasuk pengisytiharan ramai pemimpin dan ahli parti serta mantan Ketua Setiausaha dan bekas Exco yang akan keluar daripada Umno.

“Ini bukan saja dalam kalangan pemimpin dan ahli dalam Parlimen Ketereh, malah beberapa kawasan yang lain,” katanya pada sidang media di Program Ceramah Perdana Isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas di sini, pada Selasa malam, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).

Turut hadir dalam ceramah itu termasuk Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaarid; dan calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa tindakan pemimpin dan ahli keluar daripada Umno berikutan rakyat sudah tidak yakin dengan perjuangan parti berkenaan.

“Gelombang krisis keyakinan kepada Umno sudah tiada kerana (segelintir pemimpin) parti itu melakukan banyak kesilapan dan kesalahan. Juga terlalu banyak penipuan dan pembohongan sehingga menyebabkan ahli Umno hilang keyakinan.

“Umno menghadapi satu krisis yang sangat tenat. Kemungkinan juga akan berlaku penutupan cawangan Umno.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan solid (teguh) bersama PN dan PAS kerana parti ini konsisten walaupun tidak menjadi pemimpin (kerajaan pusat),” dakwanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg