Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anggota Kabinet M'sia angkat sumpah

Aug 31, 2021 | 5:30 AM
PELANTIKAN RASMI: (Dari kanan) Datuk Seri Azmin Ali bersama Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz, Datuk Fadillah Yusof, Datuk Dr Mohd Radzi Md. Jidin, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Datuk Seri M. Saravanan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Foto BHM
PELANTIKAN RASMI: (Dari kanan) Datuk Seri Azmin Ali bersama Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz, Datuk Fadillah Yusof, Datuk Dr Mohd Radzi Md. Jidin, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Datuk Seri M. Saravanan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Foto BHM -

KUALA LUMPUR: Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu Malaysia dimulakan dengan pengurniaan surat cara lantikan kepada barisan Jemaah Menteri.

Ia didahului Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz; Datuk Seri Fadhillah Yusof; Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk M Saravanan

Menteri berkenaan kemudian mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak dapat menghadiri istiadat pelantikan menteri Kabinet kerana menjalani kuarantin kendiri.

Datuk Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu, selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangannya bagi mengadakan kerjasama bipartisan tidak mendapat sokongan parti politik. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg