Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnak tiri Najib dituduh ubah $336.3 juta wang haram
Premium
Anak tiri Najib dituduh ubah $336.3 juta wang haram
Anak tiri Najib dituduh ubah $336.3 juta wang haram
MENGAKU TIDAK BERSALAH: Riza Shahriz (atas) mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 6, 2019 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Anak tiri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, semalam dikenakan tuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta ($336.3 juta) yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Riza, pengasas bersama syarikat penerbitan filem Hollywood Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street yang memenangi anugerah Oscar, dikenakan lima tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini.
