SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Aliff Syukri dituduh mendera anak angkat

Aliff Syukri dituduh mendera anak angkat

Mar 6, 2020 | 4:10 PM

Aliff Syukri dituduh mendera anak angkat

Datuk Seri Aliff Syukri telah dibebaskan atas ikat jamin sebaik siasatan ke atas dirinya selesai dijalankan,
Datuk Seri Aliff Syukri telah dibebaskan atas ikat jamin sebaik siasatan ke atas dirinya selesai dijalankan, - The Star

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ditahan polis pada Khamis (5 Mac) bagi membantu dalam siasatan behubung dakwaan beliau mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun.

Beliau bagaimanapun telah dibebaskan atas ikat jamin pada hari sama sebaik siasatan ke atas dirinya selesai dijalankan, menurut Berita Harian Malaysia. Polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Datuk Aliff pada Sabtu (29 Februari). Berdasarkan aduan pengadu, suspek memukul anak angkatnya pada Jumaat (28 Februari) di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti. Pengadu mendakwa suspek turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak tersebut. Beliau bagaimanapun tidak menuruti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak itu mengalami kecederaan. Pengadu kemudian membuat laporan polis kerana khuatir sekiranya turut dituduh memukul anak angkat suspek.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg