Aktivis hak asasi Ukraine, Belarus, Russia menang Hadiah Nobel Keamanan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aktivis hak asasi Ukraine, Belarus, Russia menang Hadiah Nobel Keamanan

Oct 9, 2022 | 5:30 AM

Aktivis hak asasi Ukraine, Belarus, Russia menang Hadiah Nobel Keamanan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
UMUM PEMENANG: Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Cik Berit Reiss-Andersen, mengumumkan pemenang Anugerah Hadiah Nobel Keamanan 2022 di Institut Nobel di Oslo Norway. - Foto Reuters
UMUM PEMENANG: Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Cik Berit Reiss-Andersen, mengumumkan pemenang Anugerah Hadiah Nobel Keamanan 2022 di Institut Nobel di Oslo Norway. - Foto Reuters -

KYIV: Pusat Kebebasan Awam (CCL) yang berpangkalan di Kyiv, Ukraine, memenangi Hadiah Nobel Keamanan 2022, bersama peguam bela hak asasi manusia Belarus, Encik Ales Bialiatski, dan kumpulan hak asasi manusia Memorial Human Rights Centre Russia.

Badan pertubuhan pemerintah (NGO) itu menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya kempen untuk tahanan politik, mengesan kehilangan secara paksa dan memberi tumpuan kepada jenayah perang Russia.

Bagaimanapun, mereka tidak menyangka bakal menerima Hadiah Nobel Keamanan yang dikongsi bersama aktivis dari Belarus dan Russia.

Pengumuman oleh jawatankuasa Nobel Norway itu mencetuskan kejutan dan kegembiraan.

Ditubuhkan pada 2007, badan bukan pemerintah CCL itu diketuai oleh peguam hak asasi, Cik Oleksandra Matviychuk, 38 tahun.

Anggota lembaga CCL, Cik Alissa Malytska, berkata Cik Matviychuk dalam perjalanan dari Poland ke Ukraine ketika dimaklumkan mengenai kemenangan itu.

"Kita perlu mewujudkan tribunal antarabangsa dan membawa Vladimir Putin, (Alexander) Lukashenko dan penjenayah perang lain ke muka pengadilan," katanya merujuk kepada Presiden Russia dan Belarus.

CCL menjadi terkenal selepas 2014 dengan meningkatkan kempen kesedaran membabitkan tahanan dan banduan politik Ukraine di kawasan yang diduduki Russia, termasuk Semenanjung Crimea dan wilayah timur Donbas serta di Russia sendiri.

Kempen bagi tahanan terkenal CCL adalah untuk pembuat filem, Encik Oleg Sentsov.

Beliau mengarahkan filem berjudul 'Rhino', yang ditayangkan pada Festival Filem Venice 2021 dan kemudiannya ditahan di Crimea.

Encik Senstov dipenjara selama lima tahun di Russia sebelum dibebaskan pada 2019 ketika pertukaran tahanan antara kedua-dua negara.

"Ia adalah idea (Matviychuk)" untuk melancarkan kempen antarabangsa, 'SaveSentsov' menurut Timbalan Ketua Agensi Antirasuah Kebangsaan Ukraine, Encik Olexander Starodubtsev.

CCL juga menjejaki kehilangan secara paksa aktivis hak asasi manusia, wartawan dan pegawai majlis tempatan.

Sejak Russia menyerang Ukraine pada Februari lalu, pusat itu juga berusaha mengenal pasti dan mendokumentasikan jenayah perang Russia terhadap penduduk awam di Ukraine.

Bergantung pada bantuan sukarelawan, NGO itu menghantar kumpulan ke tempat disyaki lokasi jenayah.

Ia turut memudahkan kepulangan puluhan ribu rakan senegaranya yang dibawa secara paksa dari zon perang ke Russia.

Hadiah Nobel Keamanan 2022 turut dianugerahkan kepada peguam bela hak asasi manusia Belarus, Encik Ales Bialiatski, dan kumpulan Memorial Human Rights Centre Russia.

Pemenang hadiah keamanan "mewakili masyarakat sivil di negara mereka", menurut jawatankuasa Nobel. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg