SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Adik Abu Bakar Bashir meninggal dunia akibat serangan jantung

Adik Abu Bakar Bashir meninggal dunia akibat serangan jantung

Feb 24, 2019 | 2:48 PM

Adik Abu Bakar Bashir meninggal dunia akibat serangan jantung

a1077c6e-abe7-403f-80f7-2b02b44e0ec1
-

JAKARTA: Seorang pesalah pengganasan Indonesia, Noim Bashir, yang merupakan adik ulama radikal Abu Bakar Bashir, meninggal dunia semalam (23 Februari), hanya beberapa hari selepas dibebaskan dari penjara Selasa lalu.

Encik Noim meninggal dunia di sebuah hospital di Solo, Jawa Tengah pada 9 malam, lapor akhbar The Straits Times.

Menurut isterinya, Cik Nunik, beliau dalam perjalanan ke majlis perkahwinan temannya apabila beliau mengadu sakit dada dan kemudian pergi ke hospital.

"Apabila beliau tiba di bilik kecemasan, beliau tidak sedar lagi," katanya kepada media tempatan.

Encik Noim dipenjara enam tahun sebelum ini selepas didapati bersalah terlibat dengan sebuah pertubuhan pengganasan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg