Premium
Aceh - ramai masih terperangkap
Angka korban melebihi 102, lebih 3,200 tinggalkan rumah, 600 bangunan rosak
Dec 9, 2016 | 5:30 AM
MENCARI MANGSA TERPERANGKAP: Anggota penyelamat dengan menggunakan jentera berat giat mengalihkan timbunan runtuhan untuk mencari mangsa yang terperangkap di pasar Meureudu, Pidie Jaya, Aceh, semalam. - Foto REUTERS -
JAKARTA: Gerakan menyelamat termasuk menggunakan beberapa jentera berat bagi mengalihkan timbunan runtuhan sedang giat dilakukan bagi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan kediaman dan bangunan sedang angka korban gempa bumi di Aceh melebihi 102 orang.
Lebih 3,200 penduduk telah meninggalkan rumah masing-masing kerana bimbang rumah mereka roboh sedang hampir 600 bangunan dan kediaman rosak dalam gempa bumi itu, menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

