Acara tergenjot dek sekatan pergerakan Covid-19 baru M'sia
Premium
Acara tergenjot dek sekatan pergerakan Covid-19 baru M'sia
Nov 10, 2020 | 5:30 AM
LEBIH CEPAT JADI PENGANTIN DISEBABKAN COVID-19: Cik Joy Ong dan suaminya, Encik Kelvin Looi, gembira majlis perkahwinan mereka berjalan dengan baik di Pusat Kristian Penang di George Town, walaupun terpaksa dicepatkan dua minggu. - Foto THE STAR -
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri di Malaysia dari semalam hingga 6 Disember, berikutan peningkatan kes Covid-19, bukan mengejutkan orang ramai sahaja, bahkan mengenjotkan perancangan mereka yang telah mengatur persiapan pelbagai majlis, termasuk perkahwinan dan ulang tahun, serta menduduki peperiksaan awam.
Seorang penduduk Pulau Pinang, Cik Joy Ong, memberitahu akhbar The Star PKPB di negeri itu menyebabkan beliau mempercepat perkahwinannya dua minggu - dengan terpaksa mengatur semula semua perancangannya dalam masa 18 jam.

