5 maut apabila pesawat terhempas atas pusat beli-belah dekat Melbourne
Premium
5 maut apabila pesawat terhempas atas pusat beli-belah dekat Melbourne
Feb 22, 2017 | 5:30 AM
KEMALANGAN RAGUT NYAWA: Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran selepas sebuah pesawat ringan terhempas di atas pusat beli-belah dekat Melbourne semalam. - Foto AFP -
SYDNEY: Lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas di atas sebuah pusat beli-belah berhampiran Lapangan Terbang Essendon di luar Melbourne semalam, kata polis Australia.
Pesawat jenis Beechcraft yang mempunyai enjin turbo itu mengalami kegagalan enjin dan terhempas di atas pusat beli-belah itu yang terletak berdekatan landasan akhir Lapangan Terbang Essendon, kata Penolong Pesuruhjaya Polis Victoria, Encik Stephen Leane, kepada pemberita di Melbourne.

