SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

47 ular sawa dirampas di lapangan terbang India, diseludup dari M’sia

47 ular sawa dirampas di lapangan terbang India, diseludup dari M’sia

Aug 1, 2023 | 2:19 PM

47 ular sawa dirampas di lapangan terbang India, diseludup dari M’sia

NEW DELHI: Pegawai kastam di lapangan terbang Tiruchirappalli (Trichy) di selatan India merampas 47 ular sawa daripada seorang warga India yang tiba dari Kuala Lumpur.

Ular sawa dan dua biawak itu disembunyikan dalam bagasi penumpang.

Reptilia itu dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar India, dan akan dihantar pulang ke Malaysia, lapor media tempatan pada Isnin.

Penumpang lelaki yang berasal dari Chennai itu, tiba dengan penerbangan Batik Air pada Sabtu.

Penyeludup hidupan liar sering cuba membawa reptilia eksotik ke India dari Asia Tenggara.

Pada April, pihak berkuasa lapangan terbang Chennai menemui 22 ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg