Topic followed successfully
Go to BHku4 pendaki S'pura selamat, jauh dari kaki gunung
Premium
4 pendaki S'pura selamat, jauh dari kaki gunung
Apr 27, 2015 | 5:30 AM
4 pendaki S'pura selamat, jauh dari kaki gunung
SELAMAT: Encik Zulkifli Latiff dan Cik Nur Yusrina Ya'akob (dua dan tiga dari kiri) di kem pangkalan Everest. - Foto FACEBOOK -
TIGA warga Singapura yang berada di kem pangkalan Gunung Everest terselamat daripada runtuhan salji menyusuli gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal kelmarin kerana tapak perkhemahan mereka jauh dari kaki gunung.
Kapten pasukan, Encik Muhammad Hilwan Mohamed Idrus, yang berpangkalan di Singapura berkata syarikat yang menguruskan ekspedisi pasukan Singapura, Ever Quest Expedition, menempah tapak perkhemahan di bahagian belakang.

