Topik diikuti
Pergi ke BHku4 maut dalam kemalangan di taman tema Dreamworld
4 maut dalam kemalangan di taman tema Dreamworld
SYDNEY: Empat orang terbunuh semalam semasa menaiki permainan sungai jeram di taman tema terbesar di Australia, Dreamworld, selepas satu kerosakan telah melontarkan dua mangsa keluar daripada permainan itu sementara dua lagi terperangkap di dalam, kata polis.
Media telah menyiarkan foto pekerja penyelamat di permainan Thunder River Rapids di Dreamworld Gold Coast, salah satu tempat tarikan pelancong utama di kawasan timur laut Australia di Queensland.
