2 maut, 15 cedera dek serangan pisau di perhentian bas Jepun
Premium
2 maut, 15 cedera dek serangan pisau di perhentian bas Jepun
May 29, 2019 | 5:30 AM
TAPAK TRAGEDI: Pandangan yang dirakam dari atas ini menunjukkan pekerja penyelamat dan pegawai polis giat menjalankan tugas di tempat tragedi di mana dua maut dan 15 mangsa cedera dipercayai ekoran ditikam seorang lelaki di Kawasaki, Jepun, semalam. - Foto REUTERS -
TOKYO: Dua orang terbunuh, manakala 15 budak perempuan tercedera di kawasan Greater Tokyo semalam selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah perhentian bas.
Pihak berkuasa Jepun berkata seorang budak perempuan berusia 12 tahun dan seorang lelaki berusia 30-an tahun meninggal dunia selepas dibawa ke hospital akibat serangan tersebut.

