SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

11 maut, 2 cedera dalam letupan kilang minyak wangi Pakistan

11 maut, 2 cedera dalam letupan kilang minyak wangi Pakistan

Jan 28, 2020 | 6:18 PM

11 maut, 2 cedera dalam letupan kilang minyak wangi Pakistan

Letupan kilang minyak wangi di Lahore, Pakistan, meragut 11 nyawa. FOTO: DAWN/ASIA NEWS NETWORK
Letupan kilang minyak wangi di Lahore, Pakistan, meragut 11 nyawa. FOTO: DAWN/ASIA NEWS NETWORK -

LAHORE: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan dua lagi cedera setelah tong gas meletup di kilang minyak wangi di Shahdara, Lahore, Pakistan, menyebabkan kebakaran seluruh bangunan.

Kebakaran itu juga menyebabkan bumbung bangunan runtuh, memerangkap mangsa di bawah serpihan serta merosakkan struktur bersebelahannya.

Menurut penduduk kawasan itu, sekurang-kurangnya 15 kakitangan berada dalam kilang itu ketika kebakaran berlaku.

Pegawai Rescue 1122, Rana Izhar, berkata kebakaran tersebut berjaya dikawal, sambil menambah bahawa kematian dijangka berpunca daripada runtuhan bumbung bangunan itu. - DAWN/ASIA NEWS NETWORK

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg