SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

100 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan dalam bantahan di New York

100 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan dalam bantahan di New York

Penunjuk perasaan tuntut Senator AS henti jual senjata ke Israel
Apr 14, 2026 | 2:18 PM

100 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan dalam bantahan di New York

bantahan pro-palestin, penunjuk perasaan, pro-Palestin, penunjuk perasaan New York, Chelsea Manning, Chelsea Manning ditahan, Jewish Voice for Peace NYC, protes Palestin New York, Senator Chuck Schumer, sekatan senjata Israel, JVP protest Manhattan, berita luar negara
Penunjuk perasaan memegang sepanduk antiperang ketika bantahan terhadap konflik di Timur Tengah di luar pejabat Senator Charles Schumer, di New York, pada 13 April. - Foto EPA

NEW YORK: Polis New York telah menahan kira-kira 100 orang yang mengambil bahagian dalam perhimpunan oleh sebuah organisasi Yahudi yang mempromosikan hak Palestin pada 13 April.

Menurut seorang wartawan AFP, mantan penganalisis perisikan tentera Amerika Syarikat dan pemberi maklumat Chelsea Manning antara mereka yang ditahan.

Berkumpul di bawah panji-panji kumpulan Suara Yahudi untuk Keamanan (JVP), mereka yang ditahan itu merupakan sebahagian daripada sekitar 200 penunjuk perasaan yang menyekat jalan utama di Manhattan selama kurang sejam untuk membantah sokongan tentera Amerika terhadap sekutunya, Israel.

Mereka telah berkumpul berhampiran pejabat pemimpin Demokrat di Senat Senator Chuck Schumer dan Senator Kirsten Gillibrand.

Mereka berdua pernah dituduh mengundi menentang langkah yang bertujuan menyekat penjualan senjata Amerika kepada Israel.

Cik Manning, penganalisis perisikan tentera yang membocorkan dokumen kepada WikiLeaks, telah dihukum penjara 35 tahun tetapi telah telah diringankan oleh Presiden Amerika ketika itu, Encik Barack Obama, pada 2017.

Beliau kini giat berkempen untuk tujuan menyokong rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JVP, beliau berkata: “Tindakan kami penting dalam membentuk perjalanan sejarah

“Senator Schumer dan Senator Gillibrand telah berulang kali menyokong penjualan senjata kepada Israel yang digunakan untuk melakukan kekejaman di seluruh Palestin, Lebanon dan Iran.

“Kami menyeru Senator Schumer dan Senator Gillibrand supaya mengikuti kehendak warga New York dan mengundi untuk menyekat penjualan senjata dan jentolak ke Israel.”

Polis mengesahkan bahawa terdapat “berbilang tangkapan”, tetapi tidak segera memberikan jumlah sebenar.

Perang meletus di Gaza pada 7 Oktober 2023 apabila Hamas menyerang selatan Israel, membunuh 1,200 orang dan lebih 250 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Serangan balas dan berterusan Israel telah membunuh lebih 67,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Ribuan lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan di wilayah Palestin yang hampir musnah sepenuhnya itu.

Sepanjang perang di Gaza, Israel telah menggunakan senjata buatan Amerika yang mempunyai kesan dahsyat ke kawasan padat itu.

Usul penjualan bom ini bagi “meningkatkan keupayaan Israel untuk menghadapi ancaman semasa dan masa depan, memperkukuh pertahanan tanah airnya, dan berfungsi sebagai pencegah kepada ancaman serantau,” kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Amerika (DSCA) dalam satu kenyataan. – AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg