Topic followed successfully
Go to BHkuKhidmat kaunseling sokong keluarga hadapi kesan perceraian
Khidmat kaunseling sokong keluarga hadapi kesan perceraian
Khidmat kaunseling sokong keluarga hadapi kesan perceraian
Berpengalaman lebih daripada 25 tahun, Pusat Sokongan Keluarga As-Salaam kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) atau lebih dikenali sebagai PPIS As-Salaam, menawarkan khidmat kaunseling bagi membantu keluarga-keluarga yang bercerai menghadapi kesan perpisahan dengan lebih baik.
Dilantik sebagai Agensi Khusus Bantuan Perceraian (DSSA) oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2015, PPIS As-Salaam bekerjasama dengan keluarga Melayu Islam di Singapura yang telah bercerai mahupun yang sedang dalam proses perceraian, melalui beberapa program sokongan moral.
Antaranya, PPIS As-Salaam berusaha membantu ibu bapa bercerai menguruskan emosi selepas perceraian dengan menawarkan program kaunseling, Parenting PACT, M.A.W.A.R dan pelbagai lagi.
Program ini dapat menambahkan semangat individu-individu yang bercerai untuk menguruskan pembesaran anak-anak secara bersama dalam persekitaran yang lebih positif.
Selain itu, PPIS As-Salaam turut mengendalikan program bermanfaat untuk menyokong mental kanak-kanak daripada keluarga bercerai seperti Children in Between (CiB) dan Children of Divorce Intervention Program (CODIP).
Dalam program CODIP misalnya, anak-anak diajak berkongsi tentang pengalaman dan emosi mereka, apabila ibu bapa bercerai. Mereka juga belajar cara-cara mengendalikan emosi serta menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan khidmat PPIS As-Salaam, hubungi talian 6745 5862 atau e-mel kepada as-salaam@ppis.sg atau hadir ke pejabat di alamat Blk 41, Chai Chee Street, #01-16 Singapura 461041.

