Premium
Usaha kembangkan minat terhadap seni khat
Dec 31, 2018 | 5:30 AM
KEMBANGKAN SENI: Cik Nur Fathiah Abdussamad berharap dapat menganjurkan lebih banyak program daripada peringkat kanak-kanak seperti pembelajaran seni di Jepun. - Foto BH oleh SUHAIMI MOHSEN -
SEPERTI jauhari mengenal manikam, Cik Nur Fathiah Abdussamad dengan mudah kenal pelbagai jenis tulisan khat jika seni tulisan itu dibentangkan di depannya.
Siswazah Universiti Al-Azhar dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Arab itu memulakan Fathiah Calligraphy pada 2016 selepas berhenti sebagai tenaga pengajar bahasa Arab dan Al-Quran di sebuah institusi kerana berasa bertanggungjawab dan mahu fokus dalam bidang penulisan khat sepenuh masa.

