Premium
Seni wadah kembangkan bahasa dan budaya
Ruangan baru #bahasakankita ini bertujuan melenyapkan tanggapan bahawa anak muda tidak berminat dalam bahasa dan budaya Melayu. Jika anda berusia 40 tahun dan ke bawah, Berita Harian mengajak anda berkongsi pengalaman anda. Hantarkan e-mel kepada bhnews@sph.com.sg atau hantar mesej kepada laman Facebook kami di Berita Harian Singapura.
Jan 2, 2017 | 5:30 AM
PELAJARI BAHASA DAN SENI MENERUSI PERKHEMAHAN: Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam (baju bunga) menyampaikan hadiah kepada para peserta Perkhemahan Seni, Akar! yang diadakan awal tahun sambil diiringi Raja Hamzah (dua dari kanan). - Foto VARIASI PERFORMING ARTS -
SENI pementasan, tarian dan nyanyian bukan hanya sekadar menjadi wadah bagi menghiburkan hati mereka yang melihat atau mendengarinya.
Jika dihayati serta diberi penelitian yang mendalam, bidang seni mampu digunakan bagi mengembangkan penggunaan bahasa dan budaya Melayu di kalangan masyarakat Singapura, terutama para pelajar.

