SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rindu

Premium

Rindu

Jun 28, 2020 | 5:30 AM

Rindu

957a413d-5f89-41b7-bf49-c7d2ae5032ac
-

Aku dalam kerinduan dengan semangat menggila dalam jiwa yang semakin membara meskipun ternyata pada awalnya tiada aku pedulikan akan keperluan hanya datang untuk memenuhi ruangnya mengikut mood yang sentiasa bergelombang tiada menentu mengikut air pasang memandang hanya ketika airnya surut

kini dalam kesunyian yang terus menikam aku terus berangan harap walaupun hanya berdiri di depan gerbangnya dengan hanya dalam lirikan mata memandang ke dalam ruang yang penuh ketenangan menikmati rasa syahdu yang mulia dan terhibur melapangkan dada terasa kesyukuran menantikan pembukaannya dengan penuh debaran simpulan harapan masanya akan tiba juga untuk aku duduk di lantainya semula begitu juga dengan sang perindu yang lain untuk kami mengeratrapatkan saf.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg