Pelajar bukan Melayu anggap bahasa Melayu antara terpenting
Premium
Pelajar bukan Melayu anggap bahasa Melayu antara terpenting
Impian jadi doktor dorong ReeAnn dalami bahasa Melayu agar dapat berkomunikasi lebih baik dengan pesakit Melayu
Dec 24, 2018 | 12:00 AM
SOH RUI XUAN REEANN: Selain gemar membaca buku Melayu, ReeAnn, pelajar menengah dua Sekolah Perempuan Raffles (RGS), juga kerap membaca akhbar seperti 'Berita Harian' dan menonton warta berita dalam bahasa Melayu setiap hari. - Foto JUHAIRIAH HALIM -
PELAJAR menengah dua Sekolah Perempuan Raffles (RGS), Soh Rui Xuan ReeAnn, tahu sejak kecil bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara ini dan agak luas digunakan.
Beliau berpendapat, bahasa Melayu juga merupakan salah satu bahasa terpenting, khususnya di rantau Asia Tenggara.

