Premium
Madrasah Alsagoff juara Bahas 4PM kali kedua
Berjaya tewaskan finalis 2016, Politeknik Ngee Ann
Aug 27, 2023 | 10:30 PM
PEMBAHAS TERUNGGUL: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (kanan), menyampaikan piala kepada pelajar Madrasah Alsagoff, Khadiijah Mazalan, selaku Pembahas Terbaik Keseluruhan sambil disaksikan (dari kiri) Pengerusi Akademi Bahas 4PM, Encik Kamal Ashraf Kamil Jumat dan Presiden 4PM, Encik Nassar Mohd Zain. - Foto EYERIS STUDIOS PTE LTD
Buat tahun kedua berturut-turut, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah telah berjaya mempertahankan Trofi Cabaran Hawazi Daipi setelah memenangi Bahas Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) 2023 – selepas memenanginya buat kali pertama pada 2022.
Dalam pertandingan akhir peringkat posmenengah yang diadakan di Studio Satu Kampus Mediacorp pada Ahad, juara bertahan itu menewaskan finalis 2016, Politeknik Ngee Ann (NP).
Laporan berkaitan
Meraikan 75 tahun kewujudan, mencorak masa depan bersamaJun 8, 2023 | 8:57 AM
Bahas 4PM: Institusi Raffles juara julung kali, Politeknik S'pura naib juaraMay 18, 2023 | 6:49 PM

