Topik diikuti
Pergi ke BHkuInspirasi Kartini
Pakar linguistik, ahli falsafah, sejarawan dan pengkritik sosial Noam Chomsky pernah berkata bahawa bahasa bukan susunan perkataan semata bahkan melibatkan budaya, adat, penyatuan sesebuah masyarakat dan sejarah masyarakat berkenaan. Lebih daripada itu, setiap bidang harus memupuk generasi pelapis bagi menjamin kelangsungannya. Atas dasar itu, BERITA MINGGU mewujudkan ruangan ini untuk menjejaki tokoh bidang bahasa dan budaya Melayu di Singapura hari ini. Kali ini, kami memaparkan kisah dan pandangan satu lagi pejuang bahasa, iaitu pengkaji sastera dan pensyarah Kumpulan Akademik (AG) Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC) Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) Dr Kartini Anwar. Jemput baca rencana berikut.
Inspirasi Kartini
TOKOH pendidikan wanita tersohor dari Indonesia, Raden Adjeng Kartini, tidak berpuas hati dengan tuntutan masyarakat pada zamannya terutama sekali daripada pihak Belanda yang menjajah negara.
Namun, krisis identiti itulah yang menghidupkan nyala rasanya.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
