Topic followed successfully
Go to BHkuGurindam Luka Semalam
Kutenun luka semalam Kujahit menjadi baju Kukait rindu mendalam Kusulam menjadi satu Kuungkit luka semalam Kulaung menjadi bisu Kuungkap rindu gemilang Kubisik menjadi ngilu Kuhitung luka semalam Kucongak menjadi sendu Kukira rindu berulang Kudarab menjadi debu Kuukir luka semalam Kutoreh memori malang Kucalit rindu nan kelam Kupahat terkubur gersang
SITI ZALINAH ADAM


